Monday, November 12, 2012

LELAH/ASTHMA

Lelah merupakan suatu keadaan di mana terdapat peningkatan kepada tindakbalas bronkus kepada rangsangan tertentu. Disebabkan oleh ini, terdapat penyempitan pada salur udara dan, lapisan pada salur udara juga mengalami keradangan dan terdapat peningkatan di dalam penghasilan lendir. Biasanya, penyakit ini bermula pada zaman kanak-kanak dan jarang berlaku selepas berumur dua puluh lima tahun. Kerapkali, pada 30% kes-kes, terdapat sejarah lelah pada keluarga pesakit.



Faktor-faktor Pencetus

- Habuk di rumah dan hama.
- Bulu haiwan peliharaan berdarah panas seperti anjing dan kucing.
- Jangkitan pada salur pernafasan atas.
- Senaman.
- Angin yang sejuk.
- Menghidu produk berminyak wangi.
- Ketawa.
- Bahan iritan (yang merangsangkan) seperti asap, cat atau gas-gas kimia.
v Ubat-ubatan, misalannya ubat untuk tekanan darah tinggi seperti penghalang beta, aspirin
dll.
v Punca-punca industri seperti habuk kapas di industri-industri tekstil, tepung atau biji-bijian
di industri pembakaran roti, habuk papan pada pertukangan kayu.
v Penambah (additives) makanan tertentu.
v Tekanan emosi atau teruja.
Tanda-tanda dan Gejala-gejala

Lelah adalah berepisod. Di antara serangan-serangan, terutamanya pada kanak-kanak, mungkin tidak terdapat gejala-gejala langsung. Sebelum serangan-serangan tersebut, kadang-kadang pesakit mengalami bersin, perasaan ingin kentut atau gelisah dan mudah tersinggung. Gejala-gejala biasanya adalah lebih tenat pada awal pagi. Seorang pesakit mungkin mengalami lebih dari satu gejala seperti

v Batuk.
v Pernafasan termengah-mengah – Bunyi bising semasa bernafas.
v Perasaan ketat pada dada.
v Kesukaran bernafas, terutamanya apabila menghembus keluar.
v Nafas yang pendek. Pada kanak-kanak yang kecil, tulang rusuk bawah akan tertarik ke
dalam semasa bernafas.
v Semasa serangan berulang-ulang atau yang tenat, pesakit mungkin menjadi sianos
(pewarnaan biru dan pucat serta nadi menjadi deras)
Komplikasi

Kegagalan pernafasan akut yang boleh menyebabkan maut.

Apa Yang Boleh Dilakukan Oleh Anda
v Seorang doktor haruslah dirunding apabila nafas anda menjadi termengah-mengah pada
pertama kalinya.
v Gunakan suatu alat yang bernama meter aliran puncak (Peak Flow Meter) untuk mengukur
angin yang keluar dari paru-paru. Runding dengan doktor atau pegawai farmasi anda
mengenai penggunaan meter aliran puncak.
v Ambil ubat seperti yang dipreskripsi oleh doktor anda. Tanya mengenai nama ubat yang
dipreskripsi pada doktor atau pegawai farmasi anda. Pastikan anda mengetahui ubat
manakah yang memberi “kelegaan” dan yang mana satukah yang “mencegah”.

Ubat-ubat “melegakan” adalah ubat-ubatan yang bertindak serta merta untuk membantu anda bernafas dengan mudah apabila serangan bermula. Jika anda harus menggunakan ubat-ubat “pencegah” dengan lebih kerap, ini bermaksud lelah anda tidak dikawal dengan sebaiknya. Contoh-contoh ubat tersebut adalah salbutamol dan terbutalin.

Ubat-ubat “pencegah” adalah ubat-ubatan yang mengelakkan anda dari mendapat serangan. Ia biasanya dipakai atau diambil setiap hari, misalannya steroid. Apabila terdapat serangan lelah, ubat “melegakan” haruslah diambil dahulu kerana “pencegah” tidak akan menghentikan serangan tersebut. Contoh-contoh “pencegah” adalah budesonid dan beklometason.

Apakah Yang Akan Dilakukan Oleh Doktor
La bergantung kepada keadaan dan tahap serangan. Perkara-perkara yang mungkin dilakukan oleh seorang doktor: -

v Memberi pengembang bronkus – samada melalui laluan mulut (oral) atau menggunakan
nebulizer.
v Memberikan perubatan oral atau memberikan ubat secara intravena, misalannya steroid,
dalam serangan-serangan yang tenat.
v Memberikan perubatan dalam bentuk inhalasi (penyedutan) kerana ia bertindak cepat dan
menghasilkan kesan-kesan samping yang sedikit serta sukatan ubat (dos) yang rendah
boleh digunakan.
v Memberi oksigen.
v Memberi antibiotik untuk merawat sebarang jangkitan sekunder yang mungkin hadir
bersama.
v Mengajar pesakit mengenai apa yang harus dilakukan untuk menghalang serangan dan
juga memberi nasihat mengenai ubat yang harus diambil semasa serangan.
v Menunjukkan cara penggunaan meter aliran puncak untuk memantau keterukan lelah.
v Memberitahu mengenai apa yang harus dilakukan untuk mengelakkan dari terjadinya
serangan.
v Merujuk kepada hospital untuk pengurusan lanjutan, jika perlu.
Tabiat-tabiat Baru

v Belajar untuk beristirehat.
v Cergaskan diri anda. Senam untuk meningkatkan muatan paru-paru anda.
v Pakai rantai tangan pengenalpasti lelah.
v Simpan bekalan ubat-ubat lelah yang secukupnya.
v Elakkan merokok.
v Elak persekitaran yang berhabuk dan tercemar.
v Elak faktor-faktor pencetus yang dikenalpasti.
v Simpan nombor telefon doktor anda dan hospital tedekat pada tempat yang mudah dicapai.
v Jangan memberhenti atau memulakan perubatan tanpa berunding dengan doktor anda.
v Runding dengan doktor atau pegawai farmasi anda jika anda mempunyai sebarang
kemusykilan tentang ubat-ubatan yang diambil atau mengenai penggunaan penyedut
(inhaler) yang betul.

Dengan pengurusan yang betul, seseorang pesakit lelah dapat menjalani kehidupan yang normal.

Saturday, May 26, 2012

TESTIMONI YANG TERBARU

Assalammualaikum..


Tadi du belek2 blog orang lain.. dan jumpa testi yang boleh dikongsi bersama tentang habbatus sauda nie.. JOM TENGOK

zam PERMALINK
28 April, 2012 11:49 am
salam.saya nk kongsi ckit tentang HS ni.saya dulu mengalami masalah kahak yg banyak .ade member syorkan HB ni pd saya.saya cuba lh sbotol.
lama kelamaan kahak saya tiada lagi. alhamdullillah..!


ZZzz PERMALINK
24 May, 2012 8:38 am
assalamualaikum
saya ingin berkongsi pengalaman.. 5 bulan lepas, saya disahkan fibroid akibat kedatangan haid yg diluar waktu normal. setelah berjumpa dengan doktor pakar, saya mula mencari makanan kesihatan yang asli yang boleh mengawal hormon saya (fibroid berkait dgn hormon) dan saya terbaca berkenaan HB… Alhamdulillah setelah mengamalkan softgel HB baraka yg dibeli di farmasi, haid saya telah normal dan saya sihat….setelah beberapa kali mendapat tanda2 ingin selsema dan batuk, tetapi tanda2 tersebut hilang begitu saja…alhamdulillah…
untuk makluman, pada awal pengambilan mmg saya mendapat simptom2 yang kurang selesa..setalah beberapa hari pengambilan, simptom beransur hilang..
2 April, 2012 5:45 pm
assalamu’alaikum,
saya juga ingin berkongsi manfaat yang sangat besar kpd kesihatan saya tentang habbatussauda in.
1. Kesan Deyox
Pada saya, Hb ini memulihkan sistem pencernaan. ia bertindak detox. selepas 3 hari mengambilnya dalam bentuk minyak sebanyak 2camca teh pagi dan malam 2 camca teh, saya dapati angin lama yang tersimpan dalam usus telah keluar, najis2 lama yang hiatm juga telah keluar, kemudiannya najis saya menjadi kuning bersih sepert najis bayi. saya sangat gembira dgn perkembangan ini. Tanpa perlau saya membeli bakteria baik dari farmasi untuk mendapatkan hasil yang sama. harga HB juga sangat murah jika dibandingkan dengan pemakanan detox yang lain di farmasi. malah ianya selamat dan halal + dapat pahala sbb ikut sunnah!
2. Imuniti bertambah
apabila sistem pencernaan telah pulih, najis2 dan kotoran terlonggok dalam usus telah dikeluarkan,. hasilnya usus akan bertindak dengan efisien dan dapat menyerap segala gizi/ zat2 yang diambil dari pemakanan seharian dengan lebih tinggi. maka, badan akan mendapat zat yang cukup.
badan juga akan membina sistem imun melawan sebarang jangkitan/ melawan penyakit. semua ini adalah hasil dari usus yang sihat. apatah lagi jika diambil bersama madu. (madu bertindak sebagai booster terhadap mana2 herba utk bertindak kerana ia mempunyai sejenis zat kalau tak silap saya potassium yang membantu menyerap zat2 lain dgn lebih baik. malah madu itu sendiri mempunyai pelbagai zat yang memebantu tubuh mendapat gizi yang cukup bagi memebentuk sistem imun dan menyembuhkan penyakit.) -Benarlah Rasulullah, dan benarlah Al-Quran.
3. zat2 lain dalam habbatussauda
selain memperbaiki sistem pencernaan, Hb juga telah terkenal dengan pelbagai zat lain yg sangat bermanfaat. saya kini tidak mengantyuk lagi, kerja semakin mudah untuk fokus, berat badan turun, jarang demam/batuk/selsema walaupun org sekeliling mengalaminya. Alhamdulillah.
5. Beri pada anak
Secara peribadi, saya juga letakkan setitis/ 2 titis minyak HB kedalam botol susu anak2 saya berusia 2 tahun dan 4 tahun. alhamdulillah, angin keluar dan najisnya menjadi lembut.
6. Habbatussauda bentuk serbuk
saya juga pernah ambil Hb dlam bentuk serbuk. kesannya lambat sedikit berbanding bentuk minyak. jika angin banyak dalam perut, kalau ambil Hb dlm bentuk minyak ; kensannya sgt cepat/ hampir serta merta angin keluar lebih kurang 5-30 minit akan nampak kesan angin keluar. tetapi jika bentuk serbuk mengambil masa 5-7 jam baru angin keluar.
pada permulaannya, saya mngalami sedikit sembelit jika ambil HB dalam bentuk serbuk. Tetapi akan pulih setelah seminggu pengambilna serbuk HB. Bagaimanapun, jika ambil dlm bentuk minyak, tiada masalh ini langsung pd peringkat awal. terus saja proses penyembuhan boleh nampak. apa yang saya nampak, ia perbaiki pencernaan saya yang memebawa effect kesihatan tubuh menyeluruh saya dapati.
terlalu banyak kelebihan HB ini. apatah lagi jika digabungkan dengan madu asli, minyak zaitun & minyak kelapa dara.
kalau takda sakit apa pun, cubalah amalkan, niatkan kerana ikut apa yang Rasulullah cakap, pasti berkat. Yakinlah apa yang dicakap oleh NAbi, apa yang baginda buat dan amalkan, apa yang baginda makan, pakai, guna.. dan lain2.. itulah yang terbaik. sebab Rasulullah lah manusia terbaik di alam ini. Apa yang Baginda ucapkan, semuanya datang dari Allah, Yang Mencipta kita semua dan alam semesta serta segala isinya.
wallahua’lam.

ida PERMALINK
17 March, 2012 10:32 pm
salam,..saja nk berkongsi pengalaman kesan dari pengambilan habbsatus sauda..sebelum ni saya ada masalah kesihatan, selalu demam, sakit tekak yb berterusan akibat tonsil,sukar tidur disebabkan stress kerja dan degup jantung yang kadang-kadang x menentu..tapi setelah mengamalkan habbatus sauda selama lebih kurang 4-5 bulan, kesihatan bertambah baik,,imuniti badan bertambah kuat dan jarang sekali dmam..dan yg paling meggembirakan sya dapat tidur dgn nyenyak setiap malam..syukur alhamdulillah..tp sekarang saya berhenti dri mengambilnya sbb tngah pregnant dan bercadang utk sambung makan selepas bersalin…mmg sangat berbaloi dgn harga yg murah tp menjamin kesihatan yg baik..

Nora PERMALINK
6 April, 2011 10:42 pm
Salam
Saya Nora dari Muadzam. Dua bulan sebelum ini saya mengalami alahan yang teruk. Muka bengkak2, gatal dan merah2 jika saya termakan sebarang makanan laut yg tidak fresh, ayam, telur, ikan bilis, ikan tongkol. Saya terpaksa bergantung kpd ubat penahan allergik utk mengelakkannya daripada melarat. Saya juga telah mencuba bermacam2 ubat yg ada di pasaran tp ianya hanya berkurang dan bertahan utk sementara sahaja sehinggalah sya terbaca artikel saudara di laman web ini. Saya mula mengambil minyak habbatus suada dalam migguyg lepas..dan pada hari semalam sy menerima jemputan makan tengah hari dari teman sepejabat yang akan berpindah kerja ke UAE. Dlm jamuan tersebut sy telah memakan seekor udang yg agak besar….dan alhamdulillah tiada sebarang kesan allergik yg timbul…sehingga hari ini allergik sy belum dtg menyerang wpun sy memakan telor dan ayam. Saya yakin saya sudah menjumpai penawarnya. terima kasih saudara atas info yg amat berguna ini.Saya betul2 rasa sangat bersyukur.