Monday, September 27, 2010

ULASAN DOKTOR MENGENAI BARAKAH





Satu ulasan kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda berupaya memulihkan antaranya:
  • ANGIN : Kesakitan yang  perit dan menyucuk-nyucuk pada dada dan selalunya disebabkan oleh ketidakcukupan oksigen yang dibekalkan pada otot jantung.
  • MASALAH PEREDARAN DARAH : Anemia, asterosklorosis, tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah, masalah jantung, verikosvein dan stroke
  • MASALAH PERNAFASAN : asma, pneumionia, bronchitis, dan batuk berkahak
  • MASALAH SAKIT PUAN : Fibroid, monopouse, gangguan peredaran darah haid, senggugut, jangkitan kulat/keputihan, ketidaksuburan dan alahan
  • MASALAH BUAH PINGGANG : Batu karang, bengkak buah pinggang jangkitan ,pundi kencing dan kegagalan buah pinggang
  • Kelemahan fungsi seksual, mati pucuk dan kurang rangsangan
  • MASALAH KULIT
  • MASALAH PENGHADAMAN : Insomnia, gangguan selera makan dan ketegangan,
  • MASALAH MENTAL : Meningkatkan dan merangsang prestasi mental, membekalkan nutrien dan sebatian bagi menyempurnakan perjalanan fungsi otak dan kecergasan minda
  • MASALAH UMUM : Kencing Manis, Darah Tinggi, Gout, Alergi, Migraine, Kelesuan, Sinus atau Resdung, Buasir dan Lain-Lain
  • MASALAH PEROKOK : Menghindarkan penyakit barah yang disebabkan NIKOTON yang mengganggu peredaran darah dan debaran jantung
  • BRONKITIS : Radang paru-paru, bengkak pada tiub udara di Kerongkong

Tuesday, September 14, 2010

DARAH TINGGI

Hipertensi (atau tekanan darah tinggi) menggambarkan tekanan yang dihasilkan oleh darah ke atas dinding arteri semasa jantung mengepam darah. Apabila tekanan darah diukur, terdapat 2 bacaan. Tekanan yang lebih tinggi, tekanan sistolik, adalah tekanan darah pada arteri semasa jantung sedang mengepam darah. Tekanan yang lebih rendah, dipanggil diastolik, adalah tekanan darah pada arteri semasa otot jantung sedang berehat di antara dua denyutan. Apabila tekanan darah yang tinggi dikesan, ia biasanya memerlukan rawatan sepanjang hayat.

Jenis-jenis Hipertensi

1. Hipertensi Primer : Ini membentuk sebahagian besar dari hipertensi-hipertensi. Punca peningkatan tekanan adalah tidak diketahui. Akan tetapi, faktor-faktor risiko adalah :-

  • Sejarah hipertensi dalam keluarga.
  • Kegemukan.
  • Pengambilan garam dan alkohol yang melampau.
  • Merokok
  • Tekanan yang melampau.


2. Hipertensi Sekunder – Bentuk ini, seperi yang digambarkan oleh namanya, adalah peningkatan tekanan darah disebabkan oleh punca-punca/penyakit-penyakit yang lain seperti:-

  • Penyakit-penyakit Ginjal.
  • Penyakit-penyakit Endokrin.
  • Disebabkan Ubat.
  • Kecacatan kelahiran.
  • Punca-punca lain.


Komplikasi-komplikasi

Tekanan darah tinggi (kadang-kadang dirujuk sebagai “pembunuh senyap”) harus dimantau selalu dan dirawat oleh seorang doktor. Jika tidak dikesan atau jika tidak dirawat dengan betul, ia boleh membawa kepada komplikasi-komplikasi seperti :-

  • Strok – yang berlaku apabila salur darah ke otak disekat, bocor dan pecah.
  • Jantung – salur darah yang membekalkan otot-otot jantung disekat sepenuhnya.
  • Kegagalan jantung – jantung tidak dapat mengepam darah dengan secukupnya.
  • Kerosakan Ginjal.
  • Kerosakan Mata.


Tanda-tanda dan Gejala-gejala

Biasanya, pada hipertensi primer atau esensial, tiada gejala-gejala yang dikesan sehinggalah komplikasi berlaku. Terdapat hanya satu cara untuk mengesan hipertensi iaitu dengan selalu memeriksa tekanan darah. Anda harus berjumpa dengan doktor anda jika anda mengalami mana-mana atau semua yang berikut :-

  • Tekanan diastolik melebihi 90mm Hg.
  • Pembengkakkan pada pergelangan kaki atau jari.
  • Tercungap-cungap.
  • Pandangan yang kabur.
  • Pendarahan di hidung yang sering berulang.
  • Sakit kepala yang berterusan.
  • Pening.


Rawatan

Rawatan serta-merta dan kerap dari seorang doktor adalah perlu dan terdapat pelbagai jenis ubat pada masa kini. Gaya hidup yang sihat perlulah diikuti untuk seseorang itu menjalani kehidupan yang normal.

Gaya Hidup yang sihat

  • Elak dari menjadi gemuk.
  • Kurangkan pengambilan garam, lemak dan gula.
  • Makan makanan yang seimbang dengan melebihkan bahagian buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin
  • Hadkan pengambilan minuman beralkohol kepada 1-2 minuman sehari. (jangan minum HARAM)
  • Senam selalu tetapi jangan melakukannya secara melampau.
  • Belajar untuk beristirehat.
  • Periksa tekanan darah anda selalu. Jika umur anda melebihi 40 tahun, lakukannya
  • setahun sekali atau lebih kerap jika hipertensi telahpun dikesan.


Tabiat-tabiat Untuk Diikuti


  • Ingat untuk mengambil semua ubat-ubatan seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor anda.
  • Baca label-label pada makanan dan ubat-ubatan dan pilih pilihan yang rendah garam.
  • Minta keluarga dan kawan-kawan anda untuk membantu anda mengekalkan gaya hidup yang sihat.



Elakkan


  • Makanan yang tinggi lemak dan garamnya.
  • Makanan dan ubat-ubatan yang tinggi dalam kandungan sodium (sila tanya pegawai farmasi anda)
  • Bahan-bahan yang boleh meningkatkan tekanan darah anda (sila tanya pegawai farmasi anda)
  • Merokok.
  • Miniman beralkohol.
  • Kekurangan senaman.
  • Kerisauan.
  • Khuatir untuk berbincang dengan doktor anda mengenai gejala-gejala penyakit atau masalah-masalah berkenaan ubat-ubatan.
Pengambilan Habbatus Sauda membantu melancarkan peraliran darah serta mengubati masalah yang berkaitan peredaran darah seperti Anemia, asterosklorosis, tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah, masalah jantung, verikosvein dan strok

Tanda2 kencing manis



Kekerapan Kencing. Kadar glukosa terlalu tinggi dalam darah tidak akan dapat ditapis semuanya oleh buah pinggang. Sebahagian glukosa akan dikeluarkan ke dalam air kencing bersama dengan jumlah air yang banyak. Ini menyebabkan pesakit mengalami kekerapan kencing. Jumlah glukosa yang besar di dalam air kencing memudahkan berlakunya gatal-gatal di sekitar kemaluan disebabkan oleh infeksi fungus.

Haus. Pesakit diabetes akan mengalami kekerapan kencing. Kehilangan air tubuh dalam jumlah yang banyak akan menyebabkan pesakit merasa haus.



Pengurangan Berat Badan. Akibat kekurangan tenaga yang tidak dapat dihasilkan daripada glukosa, tubuh akan menggunakan simpanan lemak untuk menghasilkan tenaga. Ini mengakibatkan pengurangan berat badan tanpa hilang selera makan.

Letih-Lesu. Apabila glukosa tidak dapat masuk ke dalam sel berterusan maka tenaga yang mencukupi tidak dapat dihasilkan. Akibatnya penderita diabetes akan mula berasa letih-lesu.


Bisul Ada lagi satu kerap tumbuh bisul tanpe henti. Lepas dah pecah satu bisul, timbul pulak lagi satu bisul di tempat lain. Hati-hati.. tu antara tanda2 kencing manis jugak tu


Thursday, September 2, 2010