Jenis-jenis Hipertensi
1. Hipertensi Primer : Ini membentuk sebahagian besar dari hipertensi-hipertensi. Punca peningkatan tekanan adalah tidak diketahui. Akan tetapi, faktor-faktor risiko adalah :-
- Sejarah hipertensi dalam keluarga.
- Kegemukan.
- Pengambilan garam dan alkohol yang melampau.
- Merokok
- Tekanan yang melampau.
2. Hipertensi Sekunder – Bentuk ini, seperi yang digambarkan oleh namanya, adalah peningkatan tekanan darah disebabkan oleh punca-punca/penyakit-penyakit yang lain seperti:-
- Penyakit-penyakit Ginjal.
- Penyakit-penyakit Endokrin.
- Disebabkan Ubat.
- Kecacatan kelahiran.
- Punca-punca lain.
Komplikasi-komplikasi
Tekanan darah tinggi (kadang-kadang dirujuk sebagai “pembunuh senyap”) harus dimantau selalu dan dirawat oleh seorang doktor. Jika tidak dikesan atau jika tidak dirawat dengan betul, ia boleh membawa kepada komplikasi-komplikasi seperti :-
- Strok – yang berlaku apabila salur darah ke otak disekat, bocor dan pecah.
- Jantung – salur darah yang membekalkan otot-otot jantung disekat sepenuhnya.
- Kegagalan jantung – jantung tidak dapat mengepam darah dengan secukupnya.
- Kerosakan Ginjal.
- Kerosakan Mata.
Tanda-tanda dan Gejala-gejala
Biasanya, pada hipertensi primer atau esensial, tiada gejala-gejala yang dikesan sehinggalah komplikasi berlaku. Terdapat hanya satu cara untuk mengesan hipertensi iaitu dengan selalu memeriksa tekanan darah. Anda harus berjumpa dengan doktor anda jika anda mengalami mana-mana atau semua yang berikut :-
- Tekanan diastolik melebihi 90mm Hg.
- Pembengkakkan pada pergelangan kaki atau jari.
- Tercungap-cungap.
- Pandangan yang kabur.
- Pendarahan di hidung yang sering berulang.
- Sakit kepala yang berterusan.
- Pening.
Rawatan
Rawatan serta-merta dan kerap dari seorang doktor adalah perlu dan terdapat pelbagai jenis ubat pada masa kini. Gaya hidup yang sihat perlulah diikuti untuk seseorang itu menjalani kehidupan yang normal.
Gaya Hidup yang sihat
- Elak dari menjadi gemuk.
- Kurangkan pengambilan garam, lemak dan gula.
- Makan makanan yang seimbang dengan melebihkan bahagian buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin
- Hadkan pengambilan minuman beralkohol kepada 1-2 minuman sehari. (jangan minum HARAM)
- Senam selalu tetapi jangan melakukannya secara melampau.
- Belajar untuk beristirehat.
- Periksa tekanan darah anda selalu. Jika umur anda melebihi 40 tahun, lakukannya
- setahun sekali atau lebih kerap jika hipertensi telahpun dikesan.
Tabiat-tabiat Untuk Diikuti
- Ingat untuk mengambil semua ubat-ubatan seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor anda.
- Baca label-label pada makanan dan ubat-ubatan dan pilih pilihan yang rendah garam.
- Minta keluarga dan kawan-kawan anda untuk membantu anda mengekalkan gaya hidup yang sihat.
Elakkan
- Makanan yang tinggi lemak dan garamnya.
- Makanan dan ubat-ubatan yang tinggi dalam kandungan sodium (sila tanya pegawai farmasi anda)
- Bahan-bahan yang boleh meningkatkan tekanan darah anda (sila tanya pegawai farmasi anda)
- Merokok.
- Miniman beralkohol.
- Kekurangan senaman.
- Kerisauan.
- Khuatir untuk berbincang dengan doktor anda mengenai gejala-gejala penyakit atau masalah-masalah berkenaan ubat-ubatan.
Pengambilan Habbatus Sauda membantu melancarkan peraliran darah serta mengubati masalah yang berkaitan peredaran darah seperti Anemia, asterosklorosis, tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah, masalah jantung, verikosvein dan strok
No comments:
Post a Comment